Join me on Facebook Follow me on Twitter Subscribe to RSS Email me

Thursday 5 May 2011

PEREMPUAN CANTIK VS PEREMPUAN TAK CANTIK

Kalau perempuan cantik pendiam

lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...

Kalau perempuan tak cantik pendiam

Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...


Kalau perempuan cantik berbuat jahat

Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...

Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat

Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!


Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan

Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...

Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan

Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...


Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome

Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...

Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome

Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Dunia-dunia

Kekasih Biasa VS Kekasih Sejati

Assalamualaikum w.b.t



KEKASIH BIASA: hanya ingat senyum pada wajah kamu..

KEKASIH SEJATI: selalu ingat senyum & tangis pada wajah kamu..



KEKASIH BIASA: tidak suka kamu menghubunginya ketika dia sedang tidur

KEKASIH SEJATI: tidak kisah bile2 pun..asalkan..kamu menghubunginya..
...



KEKASIH BIASA: selalu mendoakan kebahagiaan kamu..

KEKASIH SEJATI: selalu mendoakan kebahag...iaan kamu,dan berusaha untuk membahagiakan kamu.



KEKASIH BIASA: setiap detik menunggu panggilan daripada mu..

KELASIH SEJATI: setiap detik akan menghubungi kamu..



KEKASIH BIASA: melihat semua yg telah dia korbankan untuk mu

KEKASIH SEJATI: melihat semua yg telah kamu korbankan untuk dirinya..



KEKASIH BIASA: ingin kamu di samping menemaninya selalu..

KEKASIH SEJATI: sentiasa mengharapkan dapat mendampingi kamu selamanya..



KEKASIH BIASA: selalu bertanya kepada kamu,mengapa kamu buat dia bersedih..

KEKASIH SEJATI: selalu bertanya pada dirinya sendiri..apakah dia selalu membuat kamu bersedih.



KEKASIH BIASA: berfikiran bahawa perpisahan adalah cara terbaik menyelesaikan masalah.

KEKASIH SEJATI: berfikiran bahawa perpisahan bukanlah penyelesaian terbaik..dan dia akan berusaha untuk menyelamatkan hubungan dengan menggunakan alternatif lain..Kekasih Sejati hanya akan meredhakan perpisahan setelah sgala usaha untuk mengharmonikan semula hubungan telah gagal...andai perpisahan itu mampu membuatkan pasangannya lebih bahagia..dia terima perpisahan itu dengan hati yang terbuka..walaupun perpisahan itu menyakitkan dirinya..!!



KEKASIH SEJATI: sangggup berhadapan dengan kekecewaaan, asalkan kekecewaan yg dialaminya itu mampu memberi kebahagiaan kpd kamu..sanggup menanggung penderitaan,& kesengsaraan, asalkan kamu bahagia..kebahagiaannya adalah setelah melihat kamu bahagia...

CINTA SEJATI..Tak Bertambah Disebabkan Kebaikan..Tak Berkurang Disebabkan Keburukan..

CINTA SEJATI..Sukar Ditemui..Tetapi Tak Mustahil Untuk Dimiliki..

bnyk prbezaan nye kn..hihihi

13 tanda anda jatuh cinta

CINTA ??? Apa itu cinta ?? Tipula korang kalau tak tahu apa itu cinta
dan terlebih-lebih lagi tipu kalau seseorang tu mengatakan yang dia tidak pernah jatuh cinta dan dicintai...So kalau anda nak tahu anda jatuh cinta atau tidak ???
Sila baca sampai habis yer....

Amaran:jangan percaya 100%..





1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.



2. Anda akan sentiasa merindui dia.
...



3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.



4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.



5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.



6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.



7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.



8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.



9. Dia sentiasa di fikiran anda.



10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.



11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.



12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.



13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.

ANTARA LELAKI & WANITA

Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini

sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika

berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan saya

juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi

seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:-
...



LELAKI



1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila

sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung

oleh bapanya.



2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa

isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan

dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !



3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab

keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan

tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak

lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan

hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik

pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya

ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !



4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi

isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.

Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri

lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa

izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang

bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan

beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung

dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang

perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati

cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang

ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya

yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena

tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah

kira-kiranya.



WANITA



1. - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding

lelaki.



2. - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila

mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.



3. - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.



4. - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.



5. - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan

melahirkan anak.



6. - wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak

perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).



7. - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.



8. - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid

dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat

sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan

dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan

selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar

bersepah- sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg

wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki

wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari

bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? wanita

menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu

menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan

kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu

menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan

anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala

haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi

ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid

kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).



Di akhirat kelak, seorang lelaki akan

dipertanggungjawabkan terhadap

4 wanita ini:



Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara

perempuannya.



Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab

terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara

lelakinya.



Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui

mana-mana pintu

shj

Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj:



Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat

suaminya dan menjaga kehormatannya
. (betulkan jika

saya tersilap).



Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi

wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan

tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima

pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah

tanpa perlu mengangkat senjata.



MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?



Segala kebaikan itu datang dari Allah SWT dan segala

kelemahan itu datangnya dari diri saya sendiri.



Wallahua`lam.

JOM KITA TENSION KEJAP... =)

KALAU KORANG DAH MEMANG SAKIT KEPALA...JANGAN BACA K...

1- erm,nk cakap sikit dekat awak.. baca NO 5
2- Mmmm..cmnar na cakap? baca je la NO 8
3- na tahu ekh? ermm , baca NO 9
4- huh, drpd pening baek baca jap NO 15
5- cmna ek na cakap.. NO 17 je k..
6- kite nk ckp skrang tapi lebeh baek baca NO 16
7- kite akan ckp tp baca dulu NO 2
8- yg kite nk ckp neh simple ja..tp baca dlu NO 4 k?
9- tak payah la b’debar2 cm2..cume baca jap NO 18
10- Blom lg la..baca NO 19 ye..
11- da pnt ke? Baca jap NO 13
12- sbnrnye kite nk ckp kalau...(ah baca no 3 la)
13- tggal sikit ja lg bce NO 20
14- argh,penat je baca nih..bca NO 1 (ulang smula)
15- adush,dah pning dh ni.. baca la NO 6
16- laa, masih tak phm lg ka? Baca NO 12
17- ades, nk ckp nih..baca NO 7
18- kite ta tahu klu awk paham..tlg baca NO 10
19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nanty awk akan tahu..
20- okex okex,skg kite ckp..bce NO 14, tp slow2 ja k. .

moral of the value : Innallaha ma'as sobiriin...hehe..jgn marah (^^,)

Tuesday 3 May 2011

Teringat Si Dia Yang Jauh Di Mata

Assalamualaikum w.b.t

Semalam akibat sindrom tak boleh tido yang melanda tiera tetibe
jer teringat kat seseorang yang jauh di mata tapiiiii.... "lu pikir la sendri"

Pukul 4 pagi pun tak tido-tido lagi...
****I DON'T KNOW WHY*****
mengantuk tu memang la mengantuk tapi si mata ni
susah sngat nak lelap...asyik pejam celik...pejam celik
menghitung pagi buta....hehehe

Berbalik kepada entry tadi....


Siapakah gerangan yang diigati tadi??????
= Encik AH (bukan nama sebenar)

Adakah dia teramat istimewa????
= Of course,tersangat-sangat la istimewa (sila sumbakkan cekodok dalam mulut anda dengan kadar segera...

Kenapa dia istimewa???
= Sebab dia pernah jadi kawan baik tiera suatu masa dahulu

***************************************

pernah???? kawan baik suatu masa dahulu???????
so sekarang tak berapa nak baik la????
= yup.....

kenapa????
= Sebab terjadi 1 salah faham antara kami (perbalahan mulut).... ):

Hanya kesalahan kecil hubungan kami menjadi dingin...
Walaupun sama-sama dah minta maaf tapi sejak peristiwa tu
hubungan kami tetap dingin dan semakin dingin (disebabkan cuaca panas yang melampau)

Sekarang 1 msg pun takde dari dia tak macam dulu-dulu (sebab tiera tukar no)
Tapi tiera 1 msg pun tak send kat dia (malu)

Hehe,untuk pengetahuan korang....
Tiera ada jugak usha2 dia kat dlm fb..tgok FB dia (opsss,nak smbak cekodok kejap)...
Tengok dia happy jer...tiera pun turut tersenyum...

Hmmm,sampai bila hubungan kami nak dingin macam ni???
korang doakan eh hubungan kami kembali seperti dulu-dulu (kawan rapat)..amin~

p/s: Sila sediakan tisu sebanyak mungkin kalau anda jenis sensitif...Ibu-ibu mengandung dilarang membaca kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan...

****sekian****

terima kasih kerana sudi bace

Hiduplah dengan memikirkan orang lain..Jangan terlalu mementingkan diri sendiri

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,

Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.



Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,

Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.



Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,

Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.



Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,

Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.



Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,

Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.



Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,

Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.



Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,

Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.



Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,

Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.



Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,

Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.



Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,

Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.



Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,

Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Gara-Gara Ubat Batuk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan




Ada apa dengan ubat batuk ni????

Haaa,,tunggu la... nak story mory la ni...

Masa tiera kecik-kecik dulu ada la sesuatu kejadian ni
memang ada kena mengena dgn ubat batuk ni...
Jeng3..apa tu???

Hmm,sebenarnya dulu tiera pernah masuk hospital gara-gara ubat batuk...
Kenapa jadi macam tu???

Kisahnya masa tiera kecik-kecik dulu lebih kurang umur 3 tahun kot lau tak silap..
Masa dulu ubat batuk kan MANIS sebab tu tiera senang nak makan ubat masa kecik terutamanya ubat batuk ni...
Pada suatu hari tu....takde orang kat dapur yang jaga tiera....
so tiera nampak la ubat batuk tu ada atas meja...
Bermulala masa tu tiera makan ubat batuk tu sampai nak habis 1 botol...haha (budak nakal)

So disebabkan dah makan ubat batuk tu smpai satu botol...
Ayah tiera pergi kat dapur....apa yang terjadi???

Tengok-tengok tiera dah jadi lembik cam jeli (dah tak boleh nak jalan-jalan)
Apa lagi..........ayah terus dukung & bawa ke hospital berdekatan (anak manja ayah)
******** lepas tu dah lupa apa yang berlaku kat hospital*******
Uish,nasib baik umur tiera panjang kan???? ALHAMDULILLAH...kalau tak,tak merasa la nak umur panjang....
Haaa...ni nak kongsi satu ENTRY about KEBURUKAN UBAT BATUK....

KUALA LUMPUR: Kebanyakan ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan bagi kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun, demikian penemuan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Berikutan penemuan kajian semula penggunaan produk ubat batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak itu, PBKD membuat keputusan untuk mengambil tindakan kawal selia untuk mengehadkan penggunaan produk untuk batuk dan selesema bagi kanak-kanak, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Eisah A.Rahman dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, amaran keselamatan iaitu "Tidak sesuai digunakan di kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun" dan "Digunakan dengan berhati-hati dan mengikut nasihat doktor/ahli farmasi bagi kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 6 tahun", wajib dinyatakan dengan jelas pada label dan sisipan bungkusan produk berkaitan.

Produk yang terbabit adalah sediaan cecair oral yang mengandungi antihistamin (seperti Brompheniramine, Chlorpheniramine, Clemastine, Dexbropheniramine, Diphenhydramine, Pheniramine, Promethazine dan Triprolidine), antitusif (seperti Dextromethorphan dan Diphenhydramine) dan dekongestan (seperti Ephedrine, Phenylephrine dan Pseudoephedrine) yang digunakan untuk rawatan batuk dan selesema.

Eisah berkata, produk sedia ada di pasaran berkemungkinan tidak mempunyai kenyataan amaran pada label produk mereka.

Beliau berkata, apabila memberi ubat batuk dan selesema kepada kanak-kanak yang berumur lebih dari dua tahun, ibu bapa dan pengguna perlu mengikut aturan pemakanan yang dijelaskan.

Ini kerana pengambilan ubat batuk dan selesema boleh membahayakan sekiranya diberi melebihi dos yang dicadangkan, memberi terlalu kerap atau mengambil lebih daripada satu jenis ubat yang mengandungi bahan aktif yang sama.

"Kebanyakan kandungan dalam persediaan ubat batuk dan selesema mengandungi campuran beberapa bahan ubat dan pemberian lebih daripada satu jenis ubat boleh menyebabkan dos yang berlebihan sekiranya tidak berhati-bati," katanya.

Beliau juga berkata, demam biasa tidak memerlukan rawatan perubatan yang khusus, kerana kebiasaannya batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak boleh sembuh dengan sendirinya.

"Selesema dari jangkitan viral boleh ditangani dengan rehat, pengambilan air yang mencukupi dan mementingkan keselesaan pesakit," katanya.

Bagaimanapun, katanya, jika simptom berlarutan dan semakin teruk atau tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih ataupun disertai dengan demam, mukus yang pekat dan kahak, pengguna perlu mendapatkan nasihat doktor. WKR

Dah Kahwin !!!! (^_^)

Aishiteru...Aishiteru

yoooowww...~ Tie Ra pon ade rantai kat leher jugak..~
tapi rantai kakak yang kasi laa masa besday tahun lepas kot...
lau tak silap la bukan makmertua yang bagii~...
sapelaaa yoo mak mertua den 2 aaa~...


Haaa...sila jangan buang masa dengan lawak cipan saya ini yer...
Berbalik kepada entry tadi....wassssupppp...wasssup...

**** SAPE YANG KAHWIN TU ?????? *****
Cik Tie Ra???? ohhhhh tidakkkkk....bukan saya....i'm still single okeh..
Buat masa ni tak de masa nak bercinta ( ayat pasrah )....bukan PASRAH yang ERRA FAZIRA & AWIE berlakon tu okeh....no...no..no

Eh2...masih dalam persoalan ni... Sape Yang Kahwin?????

neno...neno...
Cik Tie Ra...ader pesanan ringkas dah sampai....sila sign disini yer





++++++++ Haa..dah sampai pun kad kahwin ni ++++++

Jalan ke rumah pengantin...





asal jalan ke rumah pengantin ni pelik sangat??????

Haha..Jangan terkejut kalau Tie Ra kata yang
sebenarnya story ni xde kena mengena dengan ENTRY di atas yer...
Xde sape-sape yang kahwin pun.....
gambar kad di atas pun bukan kad kahwin..tapi KAD JEMPUT DINNER UTK FORM 6...
Tapi Tie Ra tak pergi pun dekat DINNER tu sebab terpaksa pergi
JOHOR... hoho...so sad..dahla bayar mahal-mahal.... :(...Pasrah jelar kan...

P/S: Entry ni tak de kena-mengena antara hidup mahupun yang mati...Hanya luahan hati penulis blog sahaja

KELEBIHAN BISMILLAH 6

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Ini antara kelebihan membaca BISMILLAH ENAM,,,
Tiera tahu pasal ni pun dalam group dekat FB Tiera,,,
Semoga bermanfaat yer...insyaALLAH..





•Makbul segala hajat dan cita-cita.

•Luas rezkinya.

•Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.

•Menang dalam peperangan.

•Penerang hati.

•Dijauhkan dari segala penyakit.

•Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim
yang hendak membunuhnya.

•Dibaca ditempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.

•Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.

•Aman daripada binatang2 buas.

•Air laut menjadi tawar

•Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.

•Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman
babi, tikus atau burung.

•Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.

•Terselamat dari karam dilaut.

•Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak
jika meminumnya.

•Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.

•Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.

•Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.

•Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.

•Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.

•Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.


Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; letakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar daripada pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.
Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.



~~ WALLAHUALAM ~~

CIK AMALYNA & CIK LILY

Assalamualaikum,,,

haaa...malam ni tiera nak story mory about cik amalyna fauzi
dan wan norliyana.....
kalau citer pasal diaorg memg tak kering gusi...
tapi tercabut gigi jer...hehehe




Haa...gmbar ni masa kitaorg kat KEM CAKNA masa form 6 dekat SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TANAH MERAH

Masa ni kitaorg tengah bersiap-siap nak pergi ceramah untuk pelajar-pelajar form 6 bagi menduduki STPM 2010...
Hehe...syok giler-giler kentang la kem ni.....

**********************************************************

Haa...sila jangan buang masa...
Berbalik pada entry tadi...
Yang pakai baju purple tu la cik amalyna yang sweet muit tu....
Story pasal dia ni....tiera mula kenal dia masa masuk form 6 dekat SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AHMAD MAHER

..... kitaorg mula rapat masa akhir tahun 2009 masa sama-sama dalam class 6 BAWAH ZAHRAWI iaitu class GEOGRAFI & SENI...walaupun kitaorg amek seni..tapi haprak jer seni kitaorg yang tak berapa nak seni tu....haha...si manis amalyna ni baik orangnya....ramai peminat gak ni kat sekolah
& sampai sekarang kitaorang masih berkawan...semoga persahabatan kitaorg kekal yer...

Story mory about WAN NORLIYANA atau lebih dikenali dengan nama lily pula...
Dia ni jenis rock star sikit...tapi ok jer..baik macam si amalyna tu jugak....
Hehe...tiera kenal dia masa 6 ATAS sebab dia masuk form 6 masa kitaorang (me&amalyna) dan masuk tingkatan 6 ATAS...Dia lebih matang sikit dari kitaorang sebab dia lahir tahun 1990...nak tgok gambar dia..tuuuuuuu.....
Aik..x nampak eh??? alah...kan satu jer gambar kat entry ni...
Yang baju koko dengan tudung hitam tu la dia.... cantik kan???

STORY MORY CIK TED & PENYU

Part 1 PERKENALAN DIRI CIK TED

Assalamualaikum............



Hai korang..aku adalah cik teddy..u can call me ted okeh bebeh.....
hai sjak bla lak aku speaker ni?????
eh2 speaking la....terkantoi pulak kan...
haaaa 2 la pntingnya english education wahai cucu2 adam semua

*******************************************************************************

Part 2 KUTU-KUTU



Cik teddy:aik sape lak yg duk ats kpala aku ni xkan kutu kot?????
tpi cam cmel jer dorang ni.......

Di atas kepala cik ted
*************************

Penyu(P):b love kte jth kat kaki cik tddy la......uhuk2 :(

Penyu(L): Xpe syg jgn nangis-nangis nanti b amek yer ala bucuk2

***********************************************************************************

Part 3 KANTOI DEPAN CIK TED



Penyu(L):Lar kan b dah kata biar b je pegi amek asal syg trun juga ni?????
degil taw....

Penyu(P):Alah nak trun juga...... borim la duk kat ats tu..
6t syg rndu lak kat b...

Cik Ted:oit2!!!!! korang ni jiwang2 dpan aku pula....
naik menyampah aku..ishhh..budak-budak zaman sekaranggggg
pegi main jauh2 nak ber b2 n brsyg2 2 biar khwin dlu lah....
ni dah kahwin ke belum????
aku tengok cam belum jer.......

Penyu(L):Isyh...sibuk jelar cik tiptop ni....suka hati kitaorg la dah khwin ke belum...
kalau menyampah tak payah tengok!!!!...menyampah nyah....

Penyu(P):Alar b..jgn marah2 la...nanti cepat tua...sedih i taw.....betul jugak kata cik ted tu bukan cik tiptop okeh.....kita lom kahwin ni..nanti dosa lak kan??? hmmmm & jangan nak bernyah2 depan i lak k...nanti i nyahkan u baru tahu....

Monday 2 May 2011

HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH

soley....soley...

Pada suatu hari burung-burung pun berkicauan pada hari itu,
ada yang bekerja,
ada yang bergembira..

********************************************

haha,ayat ni x boleh blah aku gelak...kelakar giler







saper setuju angkat tangan macam saya..... lalalala~
sy8 atau lebih dikenali sebagai usop wilcha
dalam citer HKLBR.... tabik spring kat beliau
kerana terkenal dengan wataknya sebagai USOP WILCHA
yang menjadi ikutan budak-budak muda zaman sekarang.......


**********************************
nampak sangat nipunye

Sunday 1 May 2011

PETUA MENINGKATKAN DAYA INGATAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hehe,sejak bila lak saya jadi pakar perubatan ni..hehe
okla..walaupun ku bukan pakar tapi ni petua2nya utk meningkatkan daya ingatan kita..semoga bermanfaat yer..

Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dgn mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:

* Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

* Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

* Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

* Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan makanan kesihatan yg diperlukan oleh tubuh badan kita dari produk yang telah diakui oleh Kementarian Kesihatan dan mendapat kelulusan JAKIM serta pakar pemakanan yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

* Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

* Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

* Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.

* Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.