Join me on Facebook Follow me on Twitter Subscribe to RSS Email me

Tuesday 19 June 2012

Baca-baca walaupun x masuk exam ..


Kisah ini di ambil dari forum carigold.com..

Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.

Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas sayaberhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.

Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?"

"Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.

"Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.

Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak' sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.

"Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat tu.

Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.

"Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat tersebut.

Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.

Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.

Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.

"Besok saya call" kata saya.

"Tak nak turun tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut.

Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.

Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.

Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!

Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.

Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.

Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.

Seri Kembangan, 10:15 malam, 1 jam setelah kejadian, 18 Jun 2012

BANTULAH ADIK INI



Jom bantu Tabung Ahmad Sufi.
x mampu bantu dengan duit, bantulah dengan SHARE maklumat ni kepada kawan2..

Assalamualaikum....Ini adalah gambar Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi...Ahmad Sufi dilahirkan pada 12 mac 2012 dan sejak lahir dia menghadapi masalah paru2 yang kritikal.kos perubatan Ahmad Sufi di Children Westmead Hospital, Sydney adalah tidak kurang dr AUD 3000 (RM9000)SEHARI.UNTUK MAKLUMAN,AHMAD SUFI TELAH BERADA DI RAWAT DI SANA MULAI DR 13 MAC SEHINGGA HARI INI. Di sini dengan rendah dirinya saya memohon sekiranya ada diantara anda yang sudi memberikan sumbangan kepada Ahmad Sufi bagi menampung kos perbelanjaan rawatan dia di sana.

BSN: 14133-41-00000395-4 :JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI(Ibu Saudara Ahmad Sufi)
MAYBANK: 152107010378 : JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI

Maya Syuhada Binti Suhaimi(Ibu saudara Ahmad Sufi)
CIMB: 14100000462201

Name : Romi Agus Shumadi Romi Suhaimi(ayah Ahmad Sufi)
Bank: St George Bank
Branch: 112 908
Account No: 411178305

sumbangan drpd anda semua saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih...hanya Allah Taala saja yang dapat membalasnya

CHINTA APPLE









Wahai Wanita, Buka Hati dan Minda Anda Tentang Kewajiban Menutup Aurat




"Bilakah akan TERBUKA HATIMU untuk BERTUDUNG?" 

✿~ Soalan : Ustaz, saya ini orang yang tidak bertudung, ada orang bertanya bila hendak bertudung? Saya jawab, TUNGGU SAMPAI SERU, saya tidak mahu pakai tudung kerana dipaksa..takut nanti tidak ikhlas..apa pandangan ustaz?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus : bertudunglah walaupun dalam keadaan terpaksa, solatlah walaupun dalam keadaan terpaksa..puasalah walau dalam keadaan terpaksa kerana KEWAJIPAN itu memang kadangkala bersifat TERPAKSA, dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemukan HIKMAH dan akhirnya hatipun menjadi IKHLAS untuk beribadah kepadaNya..jika harus menunggu keikhlasan hati terlebih dahulu untuk beribadah, sampai bila hendak ditunggu? HIDAYAH bukan untuk ditunggu, IA MESTI DICARI..ia seperti makanan, jika tidak disuap..ia tidak akan masuk ke mulut..

✿~ Soalan : Ada sesetengah orang yang tidak bertudung berkata, "tidak bertudung tidak semestinya jahat..jangan terlalu kecilkan skop pemikiran sebab mentaliti manusia hari ini tidak seperti itu, kalau ada orang yang berfikiran seperti itu, orang itu SILAP..",apa pandagan ustaz?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus : Memang betul, tidak bertudung tidak semestinya jahat menurut AKAL MANUSIA..tetapi Rasulullah saw telah TEGASKAN, siapa yang TIDAK BERTUDUNG..dia seorang penderhaka, dia MENDERHAKA kepada Penciptanya dan penderhaka tempatnya di dalam NERAKA..

✿~ Soalan : Ustaz, wajib tak seseorang itu MENASIHAT kawan dia supaya menutup aurat?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus : WAJIB atas sesiapa yang mampu sahaja..

✿~ Soalan : Ustaz, setahu saya menutup aurat itu wajib, kalau wajib..adakah tergolong dalam DOSA BESAR?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus : MEMBIASAKAN DIRI membuka aurat menjadikan dosa kecil kepada DOSA BESAR..

:: AURATMU, MARUAHMU ::

LIKE FATHER LIKE DAUGHTER


Kepada para bapa di luar sana, 
jangan buat macam ni kat anak korang 
masa nak tidurkan mereka 
walaupun korang memang pakar math. 
Haha.


CUCUR OH CUCUR

sameon: makcik cucur udang RM1 !!

makcik otai: nah..siap !

sameon: nape cucur udang nie xde udang???? grrrrrrrrrrrr !

macik otai: alah kecoh la ko..rileks ar.. owng jual cucur badak xde pon dier bubuh badak lam cucur tu..

sameon: gulp !


hehe .. betul jugak kan .. tapi agak-agak la nak menjual pun kan ..
kejujuran tu amat penting , teringat pula dekat kedai nie depan USM,
aq pesan nasi goreng ayam 3 rasa , last2 satu habuk pun takde ayam,
yang ada just sotong .. mahu je aq sound cakap oii mangkuk ,
ni sotong,bukan ayam ! nasib baikla aq ni penyabar dan kebetulan time exam week.
kesabaran sekejap walaupun hati mahu meletop derrr .. ekeke

DEAR UKHTI

•*¨*•♫♥♫ Bismillahirrahmaanirahiim... ♫♥♫•*¨*•



Dear Ukhti………


~•.*♥* Apa khabar Imanmu hari ini ?!

Semoga selalu Menapak Maju...



~•.*♥* Apa khabar Hatimu hari ini ?!
Semoga selalu Bersih dari Debu juga Kelabu...

~•.*♥* Apa khabar Cintamu hari ini ?!
Semoga selalu Berpeluh Rindu pada-Nya…

~•.*♥* Apa khabar Sayangmu hari ini ?!
Semoga Tak Pudar, Selalu Untuk-Nya...

~•.*♥*.•♥ Ukhti...
Sungguh Indah Hidup setelah Menikah
Apa yang sebelumnya Haram menjadi Halal..

Semua perbuatannya mendapat
Pahala yang Berlimpah Di sisi-Nya...

Suka Duka dilalui Berdua. . .
Senang Sedih ada yang Menemani. . .
Tawa Tangis pun Bersama. . .

~•.*♥*.•♥ Ukhti...
Menikah adalah Setengah Dien,
dan Ia menggenapkan Dien menjadi Satu…

Sungguh, Menikah seperti melihat
Dunia lain yang Tiada pernah
Dikunjungi Sebelumnya…

Apa yang Tidak bisa Dilihat
Sebelum Menikah..
kini Tidak Lagi. . .

seakan membuka Mata Kanan
yang Sebelumnya belum Pernah dibuka..

begitu Luas, begitu Indah,
hingga Rasul pun menyunnahkan
suatu Pernikahan ini :
“Bukan termasuk Ummatku, jika Ia Berkeinginan Tidak Menikah…”

~•.*♥*.•♥ Ukhti...
Menikah adalah Keputusan Besar
dari suatu Perjanjian Berat.

Pernah Ada yang Berkata :
“Saat Akad diucapkan Arsy Tertinggi Berguncang karena Suatu Perjanjian
Berat diucapkan, karena itu saat Akad Terjadi ada Tangis disana..Tangis
Suka, Tangis Duka…”

Allah menjadi Saksi karena
Dia Yang Maha Melihat lagi Menatap...

Dan setiap Undangan yang Datang
akan Mendoakan Pernikahan ini. . .

Ukhti.. Yang sedang Menanti “Terkasih”
Nanti-lah dengan Sabar…

Sungguh, Allah Maha Tahu yang
Terbaik & Baik untuk Dirimu . . .

Siapkan Dirimu, Hatimu & Imanmu..
Sangat mudah Bagi-Nya memberikan :
“Terkasih” Untukmu ataupun Tidak Berharap dan Mintalah Pada-Nya..

Pemilik Alam Raya dan Pencipta “Terkasih”mu..

Ukhti.. Yang sedang Menjelang Akad
Berdo'a-lah selalu Pada-Nya
Kepada Penentu Segala-Nya…

Mohon Petunjuk-Nya jika “Terkasih” adalah yang Terbaik untukmu...

Kemudahan, juga Kelancaran dalam Peristiwa besar nanti...

Sungguh, Allah Maha Tahu yang Terbaik dan Baik untuk Dirimu..
Maka PersiapkanLah Dirimu & Hatimu..

Ukhti.. Yang telah Menikah
Jagalah Nikmat-Nya yang Besar ini..
Hanya dengan Izin-Nya dirimu dan “Terkasih”mu Bersatu,
Tiada yang lain…

Jadilah Penyejuk Hati dan Pandangannya..
menjadi Istri Sholehah Dambaan..

~•.*♥*.•♥ Ukhti...
Bahagiamu adalah Bahagiaku..
Sedihmu juga Sedihku..
Tawamu, Tawaku juga..
Tangismu adalah Tangisku...

Semoga Allah Yang Maha Indah,
memudahkan Langkah ini..
Memberikan yang Terbaik menurut-Nya
dan menjadikan Wanita dan Istri juga Ibu Sholehah…

Barakallah,, Ukhti..
Semoga Allah memudahkan Segala Urusanmu untuk menuju “Kesana”.. Amin Allahumma Amin…

Dan ini Kupersembahkan untuk Seluruh Akhwat fillah yang Ingin, Akan atau Sedang mempersiapkan serta yang Sudah menuju Kesana…
Semoga bisa menjadi Renungan yang Bermanfaat… (^_^)

KITA SELALU MACAM NI KAN ?

Assalamualaikum,



Di Sebalik Kata " Tiada Apa-Apa" sebenarnya hanya Allah S.W.T je yang tahu :(


Bila Cinta Beralih Arah

Assalamualaikum w.b.t,

Dalam hidup, 
kadangkala kita harus membuat pilihan sama ada memiliki 
atau 
melepaskan dalam mencari kebahagiaan kita hari ini 




Perempuan Hot vs Perempuan Cantik



Hal tentang menutup aurat ni sering kali dipertikaikan dan macam-macam alasan diberi, alasan yang paling famous mesti " Belum sampai seru "

Ingatlah !

Alasan Tak Menutup Aurat
Sebab Belum Sampai Seru,
Kalau Mati Sebelum
Sampai Seru Macam Mana ?

DI SEBALIK CERTA AYAM PENYET


Klik pada gambar untuk besarkan ..

Monday 18 June 2012

2 paper more

Assalamualaikum,


Masuk exam week semester 2 ni Cik Chinta tengok ramai yang agak stress study .. macam-macam karenah mereka ni.. ada yang lepaskan tension dekat fb, twitter, blog dan macam2 lagi termasuk dengan cik chinta yang agak stress juga dengan paper TITAS.. xdela susah sgt .. tapi yelarkan .. study last2 minute .. buka buku semua xkena .. tapi Alhamdulillah .. apa yang dibaca keluar hari tu .. diharap semua yg ambil paper TITAS mendapat keputusan yang cemerlang dan paper2 lain pun sama.InsyaAllah,Amin. Cik Chinta masih ada 2 paper lagi untuk exam ni 


Hari   : JUMAAT
Tarikh : 22 Jun 2012
Masa   : 3 P.M
Subjek : SSW113 HUMAN BEHAVIOR AND SOCIAL ENVIRONMENT




and


Hari   : Rabu
Tarikh : 27 Jun 2012
Masa   : 9 A.M
Subjek : SOCIAL WORK PHILOSOPHY, VALUES AND ETHICS


Paper hari Rabu nie memang paper agak killer la sebabnya masuk kelas kompem tak sampai setengah jam kita orang dah rasa mengantuk.. ada yang sampai tertidur .. x faham sgt2 .. tapi papepun Cik Chinta harap sangat2 dapat menjawab paper nie dan juga paper SSW113 dengan tenang,InsyaAllah,Amin..




> Semoga kawan2 PP Sains Kemasyarakatan ( Kerja Sosial ), Major Ansos, Major 3P, Major Ekonomi Sidang Akademik 2011/2012 Semester 2 mendapat keputusan PGNK 3.00 ke atas dan insyaAllah dekan, Amin < 


Setiap Usaha Yang Gigih dan Doa IbuBapa Pasti Kita Akan Berjaya,InsyaAllah

IF YOU


ɪƒ ƴσυ'ʀє αʟσηє,
ɪ'ʟʟ ɓє ƴσυʀ ѕɧα∂σѡ.
ɪƒ ƴσυ ѡαηт тσ cʀƴ,
ɪ'ʟʟ ɓє ƴσυʀ ѕɧσυʟ∂єʀ.
ɪƒ ƴσυ ѡαηт α ɧυɢ,
ɪ'ʟʟ ɓє ƴσυʀ ρɪʟʟσѡ.
ɪƒ ƴσυ ηєє∂ тσ ɓє ɧαρρƴ,
ɪ'ʟʟ ɓє ƴσυʀ ѕɱɪʟє.
ɓυт αηƴтɪɱє ƴσυ ηєє∂ α ƒʀɪєη∂,
ɪ'ʟʟ ʝυѕт ɓє ɱє.



________________________________█████_____█████
______________________________███____██_██_____███
_____________________________██________██__________██
____________________________██__________█____________██
________██████____________██________________________██
_____███████████________██________________________██
____█████████████_______██_______________________██
___███████████████______██______________________██
___████████████████______██___________________██
___████████████████_______██_________________██
____███████████████_______███_______________██
_______███████████_______██__██_____________██
___________███████______████___██__________██
____██████__██████████████_____██_____██
__██████████████████████________██__██
_████████████████████_____________████
██_█████_████████████_______________█
█__█_██__████████████
_____█__████████████
_______█████████████
_______██████████████
_______███████████████
________███████████████
_______███████__████████
______███████_____███████
____█████████________██████


KALAU



Kalau padi katakan padi,
tidak aku tertampi-tampi.Kalau benci katakan benci,
tidak aku termimpi-mimpi.Kalau sayang katakan sayang,
tidak aku terbayang-bayang.Kalau rindu katakan rindu,
tidak aku tertunggu-tunggu.


_____________@@__@_@@@_____
_____________@__@@_____@_____
____________@@_@__@_____@_____
___________@@@_____@@___@@@@@_____
__________@@@@______@@_@____@@_____
_________@@@@_______@@______@_@_____
_________@@@@_______@_______@_____
_________@@@@@_____@_______@_____
__________@@@@@____@______@_____
___________@@@@@@@______@_____
__@@@_________@@@@@_@_____
@@@@@@@________@@_____
_@@@@@@@_______@_____
__@@@@@@_______@@_____
___@@_____@_____@_____
____@______@____@_____@_@@_____
_______@@@@_@__@@_@_@@@@@_____
_____@@@@@@_@_@@__@@@@@@@_____
____@@@@@@@__@@______@@@@@_____
____@@@@@_____@_________@@@_____
____@@_________@__________@_____
_____@_________@_____
_______________@_____

MY ROCCO SAYANG

Assalamualaikum w.b.t .





Wednesday 25 January 2012

Bicara Hati

Biar kepahitan itu pergi
Agar kemanisan mengisi
Biarkan kekecewaan berlalu
Agar kegembiraan mewarnai


Biarkan kegelisahan lenyap
Jangan kita hilang semangat
Biar penderitaan menyapa
Agar kekuatan kita jana semula


Biarkan diri ini derita
Agar ku tahu keperitan derita ini
Agar ku sedar kesengsaraan ini
Tak sama bahkan hanya secebis
Dari penderitaan Rasulullah S.A.W


Tuhan sesekali tidak menzalimi hambanya
Tetapi manusia yang menzalimidiri mereka sendiri
Cahaya kelam pahala dosa
berupaya memilih nya

Walau kadang kala tersasar lantaran pautan nafsu
Namun peluang dari nya
sentiasa ada
Namun kasih dari nya
Sentiasa memayungi

Diturunkan Ad-Din memperhalusi akal
Dianugerahkan akal memperhalusi akhlak
Di kurniakan akhlak kecantikan pekerti
Menjadi sebaik-baik umat tunduk sebagai hambanya

Berjalan sebagai khalifah
Menyusuri kehidupan
Mencari sebutir permata
Menyemai sepohon taqwa
Agar dapat berteduh
Dari kepanasan nafsu
Agar dapat berlindung
Dari angin hasutan syaitan
Dalam mencari keredhaan Allah S.W.T




Ya Allah
Jadikan la aku seorang penyabar dan bersabar setiap dugaan mu

<3 <3 <3