Join me on Facebook Follow me on Twitter Subscribe to RSS Email me

Tuesday 3 May 2011

Gara-Gara Ubat Batuk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan




Ada apa dengan ubat batuk ni????

Haaa,,tunggu la... nak story mory la ni...

Masa tiera kecik-kecik dulu ada la sesuatu kejadian ni
memang ada kena mengena dgn ubat batuk ni...
Jeng3..apa tu???

Hmm,sebenarnya dulu tiera pernah masuk hospital gara-gara ubat batuk...
Kenapa jadi macam tu???

Kisahnya masa tiera kecik-kecik dulu lebih kurang umur 3 tahun kot lau tak silap..
Masa dulu ubat batuk kan MANIS sebab tu tiera senang nak makan ubat masa kecik terutamanya ubat batuk ni...
Pada suatu hari tu....takde orang kat dapur yang jaga tiera....
so tiera nampak la ubat batuk tu ada atas meja...
Bermulala masa tu tiera makan ubat batuk tu sampai nak habis 1 botol...haha (budak nakal)

So disebabkan dah makan ubat batuk tu smpai satu botol...
Ayah tiera pergi kat dapur....apa yang terjadi???

Tengok-tengok tiera dah jadi lembik cam jeli (dah tak boleh nak jalan-jalan)
Apa lagi..........ayah terus dukung & bawa ke hospital berdekatan (anak manja ayah)
******** lepas tu dah lupa apa yang berlaku kat hospital*******
Uish,nasib baik umur tiera panjang kan???? ALHAMDULILLAH...kalau tak,tak merasa la nak umur panjang....
Haaa...ni nak kongsi satu ENTRY about KEBURUKAN UBAT BATUK....

KUALA LUMPUR: Kebanyakan ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan bagi kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun, demikian penemuan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Berikutan penemuan kajian semula penggunaan produk ubat batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak itu, PBKD membuat keputusan untuk mengambil tindakan kawal selia untuk mengehadkan penggunaan produk untuk batuk dan selesema bagi kanak-kanak, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Eisah A.Rahman dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, amaran keselamatan iaitu "Tidak sesuai digunakan di kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun" dan "Digunakan dengan berhati-hati dan mengikut nasihat doktor/ahli farmasi bagi kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 6 tahun", wajib dinyatakan dengan jelas pada label dan sisipan bungkusan produk berkaitan.

Produk yang terbabit adalah sediaan cecair oral yang mengandungi antihistamin (seperti Brompheniramine, Chlorpheniramine, Clemastine, Dexbropheniramine, Diphenhydramine, Pheniramine, Promethazine dan Triprolidine), antitusif (seperti Dextromethorphan dan Diphenhydramine) dan dekongestan (seperti Ephedrine, Phenylephrine dan Pseudoephedrine) yang digunakan untuk rawatan batuk dan selesema.

Eisah berkata, produk sedia ada di pasaran berkemungkinan tidak mempunyai kenyataan amaran pada label produk mereka.

Beliau berkata, apabila memberi ubat batuk dan selesema kepada kanak-kanak yang berumur lebih dari dua tahun, ibu bapa dan pengguna perlu mengikut aturan pemakanan yang dijelaskan.

Ini kerana pengambilan ubat batuk dan selesema boleh membahayakan sekiranya diberi melebihi dos yang dicadangkan, memberi terlalu kerap atau mengambil lebih daripada satu jenis ubat yang mengandungi bahan aktif yang sama.

"Kebanyakan kandungan dalam persediaan ubat batuk dan selesema mengandungi campuran beberapa bahan ubat dan pemberian lebih daripada satu jenis ubat boleh menyebabkan dos yang berlebihan sekiranya tidak berhati-bati," katanya.

Beliau juga berkata, demam biasa tidak memerlukan rawatan perubatan yang khusus, kerana kebiasaannya batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak boleh sembuh dengan sendirinya.

"Selesema dari jangkitan viral boleh ditangani dengan rehat, pengambilan air yang mencukupi dan mementingkan keselesaan pesakit," katanya.

Bagaimanapun, katanya, jika simptom berlarutan dan semakin teruk atau tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih ataupun disertai dengan demam, mukus yang pekat dan kahak, pengguna perlu mendapatkan nasihat doktor. WKR

No comments:

Post a Comment