Join me on Facebook Follow me on Twitter Subscribe to RSS Email me

Thursday 7 April 2011

GUNUNG STONG

Sedikit Info Gunung Stong & Air Terjun Jelawang.





Sedikit Info mengenai Gunung Stong, Air Terjun Jelawang dan persekitarannya.

Taman Negeri Gunung Stong terletak di Kelantan dan tersenarai sebagai antara lima destinasi ekosistem terbaik di Malaysia. Gunung Stong mempunyai ketinggian 1433 meter dan kaya dengan hidupan flora dan fauna, dan gunung b...atu kapur yang berusia berjuta-juta tahun lamanya. Kawasan ini juga merupakan kawasan tadahan air bagi Sungai Kelantan dan memainkan peranan penting sebagai kawalan sewaktu musim banjir dan kemarau.Antara tarikan di sini ialah air terjun Jelawang, setinggi tujuh tingkat dan diiktiraf sebagai antara air terjun tertinggi di Malaysia. Haiwan yang ditemui di sini termasuk Gajah Asia, seladang, burung merak Argus, harimau Malaya dan tapir.



Resort Jelawang berada di kaki Air Terjun Jelawang 666′ a.p.l. Resort ini menawarkan kemudahan chalet, bilik meeting, surau serta tandas. Pendaki boleh melaporkan diri di sini sebelum memulakan pendakian. Terdapat 2 lagi trek ke Baha’s Camp yang berada di puncak Air Terjun Jelawang di ketinggian 1404′ a.p.l. Satu trek terus ke trek balak dan satu lagi menyusuri kaki air terjun jelawang sebelum masuk ke trek balak.

Pendaki boleh tiba di Baha’s Camp kira-kira 45 minit berjalan. Baha’s Camp diselia oleh sekumpulan anak tempatan memberi perkhidmatan jurupandu arah selain mengawasi kawasan Hutan Jelawang. Tapak khemah di sini cukup luas dan boleh menampung ratusan orang. Beberapa tempat menarik boleh dilawati di sekitar Baha’s Camp seperti Gua Rantai, Air Terjun Kolam Puteri, Telaga Tujuh dan Air Terjun 2 Gunung.



Gua Rantai

Gua ini dinamakan gua rantai kerana dipasang rantai didalamnya bagi memudahkan pengunjung melalui gua ini. Walaupun tidaklah begitu jauh perjalanan dalam gua ini namun tetap memberi satu keseronokkan apabila memasukinya.



Kolam Puteri / Air Terjun Kolam Puteri

Air terjun ini juga agak tinggi dan mempunyai kolam yang besar, dalam dan tenang. Seronok bermain air di sini samaada mengelunsur di air terjun mahupun berenang.



Telaga Tujuh

Tujuh telaga semulajadi ini berada di tengah-tengah sungai di atas air terjun Kolam Puteri. Masuk ke dalam telaga ini menjanjikan satu pengalaman menarik.



Air Terjun 2 Gunung

Dua air terjun dari dua buah gunung iaitu G. Stong dan G. Ayam bercantum menjadi satu sungai.

TIPS/PANDUAN UTK MENGATASI ZINA HATI

1. Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim ak...an terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.



2. Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.





3. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” – (Surah Yusuf, ayat 24)



4. Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.



5. Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.



6. Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”



7. Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Bola Hitam dan Bola Putih

Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepasDia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je....



Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki.



Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? DiaTak ada basikal...apa tuan tak segan?"



Lantas...... si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal yang macam manadan si anak cuma bagitau,



"Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..."



Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih?"



"Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu je."



Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. makadibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.



Masa berlalu, kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda.Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dlm stor..



Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa.



Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat belikasut roda je...".



Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak..Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda.



Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?"



Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih.



Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang.





Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade. musim rollerblade melanda kwasan tempat tinggal nya.Trend baru....



Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda,si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak, keluar negeri lagi tu......Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman.Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: "Biar kamu tak malu".



Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota tersebut berbunyi: "Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan nya."



"Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah istimewanya bola itam dan bola putih!!?



Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya.



Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya.. Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa.. "trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih"



Masa berlalu....



Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas,member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah. Suatu hari,ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya denganmotor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu.Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak.



Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya! Maka ditawarkan Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang.Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambahpula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!! .



Tetapi si bapa masih kesal... Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam & bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam &bola putih..



Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti.Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru.



Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je.



Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik motoooooor jeeeee..Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!



Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So,selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanyakpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih?



Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu..huh..sampaiawek anak aku pun tanya...bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang ditanya?. Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!!



Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih.Nak buat apa lagii..., fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya dihadapan awek anakmya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.



Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk brsiar2. Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandusi anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!! Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat.



Si bapa tiba di Hospital.."macammana doktor, anak saya?"



Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya... sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."



Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya.



"Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia...akrablah dua manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya... Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih"



"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk... sehingga kamu sering kesepian..maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik."



Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan ?"



Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM &BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?"



(anda semua pun ingin tahu kan...?)



Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat bertahan dan masanya sudah hampir tiba....



"sebabnya ....saya.. saya... saya...."



*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat memberitau bapanya tentang bola hitam & bola putih.



Tengok, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku yang cuma bercerita, lagi la tak tau ape ape. MACAMMANA NI? Kecewa jugak nih. Isk!Isk! Isk!........ ..Rasa nak tumbuk je perut orang yang mula-mula forward kat aku.


Tuesday 5 April 2011

Syukur (Kau Yang Satu) unplugged - One Nation Emcees (lyrics)

Assalamualaikum,baru semalam tie ra dgr lagu ni dalam suria fm pastu terus tertarik dgn lagu ni..best sesangatnyer...






Ku bersyukur kepadaMu
Hanya dikau yang Satu
Memberiku cahaya hidupku
Maha esa
Gelap tanpa kasihMu
Perjalananku buntu
Ampuni segala dosa dosaku

Aku terpaku melihat kebesaranMu
Aku bersyukur segala rezeki untukku
Dan juga bila kau dalam fikiranku
Aku tunduk membisu
Terus sujud padaMu
Mari kita renungi segala apa terjadi
Amana hilangnya Cinta?
Mana hilangnya setia?
Aku akan tersu cekalkan hati ini
Dari terbit sehingga terbenamnya mentari

Duni sementara kan dihitung juga
Sebelum terlamabat tunaikan kewajipan kita
Tak guna airmata menitik bila tiba masa
Syurga atau neraka itulah jawapannya
Aku lelaki lengkap dengan anggota
Berfikir tiap masa, fikir tentang keluarga
Lindungilah aku dari fitnah dan noda
Kau tempatku meminta
Kau beri ku bahagia

Chorus

Ku hirup secukup udara
Hatiku buka, termenung
Melihat jalan gelap lagi mendung
Kadangkala ku bertanya
Kemana cahaya?
Mana nak ku cari sedikit kudrat dan keramat?
Yang penuh rahmat?
Berjuta juta kali dunia mempermainkanku
Hatu menurut nafsu, nafsu menipu aku
Tapi ku bersyukur pada yang maha esa
Dapatlah pena menari meluah kata kata

Ku meredhai apa telah terjadi
Tunjukkan jalan benar, ampunilah dosaku..

Chorus

Aku tafakur di hadapanmu
Berderai derail airmataku gugur
Tidak tertanggung
Peperangan emosi ini takkan terhenti
Selagi dosa lama masih aku bebani
Moga aku disirami salju kasih illahi
Semoga malamku tak bertemankan mimpi ngeri
Berikanku secebis kekuatan, kebahagiaan
Hati ini moga engkau terangkan

Chorus

Oh Tuhan yang Satu
Ku serahkan diriku
Hanya kepadaMu
Hanya mampu berserah kepadaMu

Ampuni segala dosa dosaku

Monday 4 April 2011

FIKIRLAH SENDIRI

Bukan nak mengutuk apatah lagi mengata,

Maaflah jika ada yang terkena,

Nukilan ini memang sengaja,

Marilah kita renungkan bersama.



Koyak sana koyak sini,

Itulah 'trend'gaya terkini,

Katanya bangga pakai begini,

Walaupun dipandang 'hodoh' sekali.



Muka cantik wajah lawa,

Itulah anugerah Tuhan yang Esa,

Tapi dia tak pandai guna,

Jual tubuh nak kumpul harta.



Bila ditanya mengapa begini,

Jawabnya senang apa kau peduli,

Bila ditanya 'terbiyah' buat 'dek' lagi,

Bila ditangkap mulalah pucat lesi.



"Willy" sana,"Wicamp" sini,

Macam tak nak hidup lagi,

Ibu bapa nasihat buat-buat tak reti,

Bila dah terkena barulah sedar diri.



Si jantan bangga bawa betina,

Si betina pula megah tak tentu pasal,

Asyik bercinta tak ingat dunia,

Insaflah dulu sebelum menyesal.



Pakai baju bagai berkemban,

Tudung kepala dah ditanggalkan,

Zaman sekarang,zaman kemajuan,

Katanya kolot tak ikut perkembangan.



P/S : Buat renungan bersama..andai trkasar bahasa ampun dipinta..saya cuma manusia biasa..

KONFEM KORANG&SAYA XLEH JAWAB SOKLAN NI..MASYAALLAH..TRLALU JAUH DIRIKU DGN ALLAH S.W.T..BNTULAH HAMBAMU INI YA ALLAH.AMIN

Soalan 1 :Siapakah Juara Akademi Fantasia musim pertama?





Soalan 2 : Siapakah artis perempuan Hollywood yang menyanyikan lagu "Beautiful Liar"?





Soalan 3 : Siapakah RAJA LAWAK ?





Soalan 4 : Berikan satu judul lagu terbaru Anuar Zain?





Soalan 5 : Siapakah hos untuk rancangan Melodi terbitan TV3?





Soalan 6 : Apakah nama kumpulan RAP yang terdiri dari 3 orang adik beradik yang terkenal di Malaysia ?





Soalan 7: Siapakah yang menyanyikan lagu "Gemilang"?





Soalan 8 : Siapakah nama isteri Beckham?





Soalan 9 : Siapakah nama laki Siti Nurhaliza?





Soalan 10 : Siapakah penyanyi kakak Siti Nurhaliza yang bertanding dalam AF6?







Bagaimana pula dengan soalan di bawah ini....



Berapa banyak pula, saya dan kawan-kawan boleh jawab?







Semakin jauh kita dari landasan yang sepatutnya.. .........

Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini.



Soal 1: Surah manakah yang jumlah kalimatnya sama dengan seluruh jumlah surah Al-Qur'an?

Jawab: Surah at-Takwir.



Soal 2: Surah manakah yang dikenal dengan sebutan "jantung" Al-Qur'an?

Jawab: Surah Yasin.



Soal 3: Surah manakah yang dikenal dengan silsilah nasab Allah SWT?

Jawab: Surah al-Ikhlash.



Soal 4: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah wajib?

Jawab: Empat surah (as-Sajdah, Fushshilat, an-Najm dan al-'Alaq)



Soal 5: Surah manakah yang dikenal sebagai surah Imam Husain as?

Jawab: Surah al-Fajr.



Soal 6: Surah manakah yang memiliki nama yang sama dengan salah satu nama sungai di Iran

?

Jawab: Surah an-Nur.



Soal 7: Berapa surah yang dimulai dengan ungkapan alhamdulillâh?

Jawab: Lima surah (al-Fatihah, al-An'am, al-Kahfi, Saba ' dan Fathir).



Soal 8: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki sepuluh nama?

Jawab: Surah al-Fatihah.



Soal 9: Siapakah orang pertama yang menulis ilmu Tajwid?

Jawab: Abu 'Ubaid Qasim bin Salam.



Soal 10: Siapakah orang pertama yang telah menerjemahkan Al-Qur'an ke dalam bahasa Persia pada masa Rasulullah saw?

Jawab: Salman al-Farisi.



Soal 11: Siapakah orang pertama yang meletakkan titik di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Abul Aswad ad-Du`ali.



Soal 12: Dalam ayat manakah kalimat Allah diulangi sebanyak enam kali?

Jawab: Surah al-Baqarah ayat 283.



Soal 13: Di dalam ayat manakah tata cara berwudhu dijelaskan?

Jawab: Surah al-Maidah ayat 6.



Soal 14: Di dalam surah manakah shalat lima waktu disebutkan?

Jawab: Surah al-Isra' ayat 78.



Soal 15: Di dalam surah manakah masalah wilayah disebutkan?

Jawab: Surah an-Nisa'.



Soal 16: Surah manakah berakhiran dengan huruf ra'?

Jawab: Surah al-Kautsar.



Soal 17: Surah manakah yang berhubungan dengan Imam Ali as?

Jawab: Surah al-'Adiyat.



Soal 18: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Madaniah diturunkan?

Jawab: Sepuluh tahun.



Soal 19: Siapakah dua figur wanita di dalam Al-Qur'an yang telah banyak mendapatkan sanjungan Ilahi?

Jawab: Siti Maryam dan Siti Asiyah, istri Fir'aun.



Soal 20: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki arti "wanita yang teruji"?

Jawab: Surah al-Mumtahanah.



Soal 22: Siapakah dua orang wanita yang telah dicela oleh Al-Qur'an?

Jawab: Istri Nabi Luth as dan istri Nabi Nuh as.



Soal 23: Siapakah wanita yang telah mendapatkan julukan "ath-Thayibah" (wanita yang berbudi baik) di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Siti Maryam.



Soal 24: Surah apakah yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah saw?

Jawab: Surah al-Maidah ayat 3.



Soal 25: Berapa huruf, kalimat dan ayat yang dimiliki oleh ayat terakhir Al-Qur'an?

Jawab: 79 huruf, 20 kalimat dan 6 ayat.



Soal 26: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Madinah?

Jawab: Surah al-Maidah.



Soal 27: Surah manakah yang diturunkan terakhir secara keseluruhan?

Jawab: Surah al-Ikhlash



Soal 28: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Makkah?

Jawab: Surah ar-Rum.



Soal 29: Di surah manakah terdapat ayat hijab?

Jawab: Surah an-Nur ayat 31.



Soal 30: Ayat alhamdulillâh Robbil-'âlamîn disebutkan dalam berapa surah?

Jawab: Enam Surah (al-Fatihah, ash-Shafaat, al-Mukmin, az-Zumar, Yunus dan al-An'am)



Soal 31: Di dalam surah manakah disebutkan lima macam makanan?

Jawab: Surah al-Baqarah ayat 61.



Soal 32: Di dalam surah apakah Allah membicarakan mengenai diri-Nya?

Jawab: Surah al-Baqarah ayat 186.



Soal 33: Dalam berapa ayat Al-Qur'an Rasulullah saw disebutkan?

Jawab: Dalam 305 ayat.



Soal 34: Di dalam ayat manakah nama kelima nabi 'Ulul Azmi disebutkan?

Jawab: Surah al-Ahzab ayat 7.



Soal 35: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama para nabi as?

Jawab: 6 surah (Muhammas, Ibrahim, Nuh, Hud, Yunus dan Yusuf).



Soal 36: Di dalam Al-Qur'an berapakah nabi yang disebut sebagai suri teladan yang baik?

Jawab: Dua nabi, yaitu Nabi Ibrahim as dan Nabi Muhammad saw.



Soal 37: Surah-surah apakah yang dinisbatkan kepada Rasulullah saw?

Jawab: Surah Thaha, Yasin, al-Muzzammil dan al-Muddatstsir.



Soal 38: Terdapat di dalam surah manakah Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Belqis?

Jawab: Surah Saba '.



Soal 39: Surah apakah yang pertama kali diturunkan?

Jawab: Surah al-'Alaq.



Soal 40: Berapakah ayat dan kalimat yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang pertama kali diturunkan?

Jawab: 7 ayat dan 29 kalimat.



Soal 41: Surah manakah yang pertama kali diterjemahkan ke dalam bahasa Persia ?

Jawab: Surah al-Fatihah.



Soal 42: Surah apakah yang pertama kali turun di Madinah?

Jawab: Surah al-Muthaffifin.



Soal 43: Terdapat di dalam manakah doa pertama Al-Qur'an?

Jawab: Surah al-Baqarah ayat 126.



Soal 44: Ayat apakah yang dibaca oleh kepala terpenggal Imam Husain as di kota Syam?

Jawab: Surah al-Kahfi ayat 9.



Soal 45: Berapa surahkah di dalam Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah?

Jawab: 4 surah..



Soal 46: Berapakah kalikah nama Rasulullah saw disebutkan di dalam Al-Qur'an?

Jawab: 5 kali; 1 kali Ahmad dan 4 kali Muhammad.



Soal 47: Nama nabi manakah yang lebih sering disebutkan di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Nabi Musa as.



Soal 48: Kisah Al-Qur'an manakah yang mendapatkan julukan Ahsan al-Qashsash (Kisah Terbaik)?

Jawab: Kisah Nabi Yusuf as.



Soal 49: Terdapat di dalam surah manakah kisah Isra' dan Mi'raj Rasulullah saw?

Jawab: Surah al-Isra'



Soal 50: Siapakah satu-satunya wanita yang disebutkan namanya di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Siti Maryam.



Soal 51: Surah manakah yang kaum wanita disarankan untuk banyak membacanya?

Jawab: Surah an-Nur.



Soal 53: Surah manakah yang turun berkenaan dengan Sayidah Fatimah az-Zahra as?

Jawab: Surah al-Kautsar.



Soal 54: Nama surah manakah yang berarti "kaum wanita"?

Jawab: Surah an-Nisa'.



Soal 55: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama binatang?

Jawab: 5 surah, yaitu an-Nahl, al-'Ankabut, an-Naml, al-Baqarah dan al-Fil.



Soal 56: Burung apakah yang telah memusnahkan pasukan Abrahah?

Jawab: Burung Ababil.



Soal 57: Binatang apakah yang telah membinasakan Raja Namrud?

Jawab: Nyamuk.



Soal 58: Binatang apakah yang pernah mendapatkan wahyu?

Jawab: Lebah (an-Nahl ayat 68).



Soal 59: Siapakah orang-orang yang telah mengumpulkan Al-Qur'an pada zaman Rasulullah saw?

Jawab: Imam Ali as, Mu'adz bin Jabal, Zaid bin Tsabit, Ubai bin Ka'b dan Abu Zaid Zaid bin Nu'man.



Soal 60: Siapakah orang pertama yang mengarang tafsir Al-Qur'an?

Jawab: Sa'id bin Jubair.



Soal 61: Siapakah orang pertama yang mengumpulkan Al-Qur'an?

Jawab: Imam Ali as.



Soal 62: Apakah minuman terbaik yang disebutkan oleh Al-Qur'an?

Jawab: Air susu.



Soal 63: Apakah binatang terkecil yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Nyamuk.



Soal 64: Apakah malam terbaik menurut pandangan Al-Qur'an?

Jawab: Malam Lailatul Qadr.



Soal 65: Apakah cara terbaik untuk membaca Al-Qur'an?

Jawab: Tartil.



Soal 66: Apakah kitab-kitab samawi yang diturunkan pada bulan Ramadhan?

Jawab: Al-Qur'an, Injil, Taurat, Zabur dan Shuhuf.



Soal 67: Buku apakah yang dikenal dengan sebutan Ukhtul Qur'an (Saudari Al-Qur'an)?

Jawab: Ash-Shahîfah as-Sajjâdiyah.



Soal 68: Siapakah di antara imam ma'shum as yang memiliki suara yang indah ketika membaca Al-Qur'an?

Jawab: Imam as-Sajjad as.



Soal 69: Surah apakah yang dikenal dengan sebutan "Jantung Al-Qur'an"?

Jawab: Surah Yasin.



Soal 70: Terletak di dalam surah apakah ayat Al-Qur'an yang paling pendek?

Jawab: Surah ar-Rahman, yaitu ayat yang berbunyi mudhâmmatân.



Soal 71: Apakah bulan yang terbaik menurut Al-Qur'an?

Jawab: Bulan Ramadhan.



Soal 72: Apakah ayat yang terpanjang di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Surah al-Baqarah ayat 282.



Soal 73: Terdapat di dalam surah manakan angka terbesar yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Angka 1000 di dalam surah ash-Shaffat ayat 137.



Soal 74: Kitab apakah yang dikenal dengan sebutan Akhul Qur'an (Saudara Al-Qur'an)?

Jawab: Nahjul Balaghah



Soal 75: Berapakah kitab samawi yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?

Jawab: 6 kitab samawi, yaitu Injil, Taurat, Zabur, Shuhuf Ibrahim, Shuhuf Musa dan Al-Qur'an.



Soal 76: Apakah huruf yang lebih sering digunakan di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Huruf alif.



Soal 77: Apakah huruf yang lebih jarang digunakan di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Huruf zha'.



Soal 78: Apakah kalmat Al-Qur'an yang terpanjang dan terdapat dalam surah apa?

Jawab: Fa`asqoinâkumû h yang terdapat di dalam surah al-Hijr.



Soal 79: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpanjang?

Jawab: 25.500 huruf.



Soal 80: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpendek?

Jawab: 42 huruf.



Soal 81: Di manakah surah pertama Al-Qur'an diturunkan?

Jawab: Di Makkah.



Soal 82: Terletak di manakah ayat pertama yang memiliki sujud wajib?

Jawab: Surah as-Sajdah.



Soal 83: Apakah surah pertama yang dimulai dengan kata "qul"?

Jawab: Surah al-Ikhlash..



Soal 84: Apakah ayat pertama yang akan dibaca oleh Imam Mahdi as ketika beliau muncul kembali?

Jawab: Surah Hud ayat 86.



Soal 85: Surah apakah yang dkenal dengan sebutan Raihânatul Qur'an?

Jawab: Surah Yasin.



Soal 86: Surah manakah yang dinisbatkan kepada para malaikat?

Jawab: Surah Fathir.



Soal 87: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Makiyah diturunkan?

Jawab: 13 tahun.



Soal 88: Apakah hiasan Al-Qur'an?

Jawab: Suara yang indah.



Soal 89: Apakah musim semi Al-Qur'an?

Jawab: Bulan Ramadhan.



Soal 90: Apakah zikir terbaik?

Jawab: Membaca Al-Qur'an.



Soal 91: Ayat apakah yang diulangi sebanyak sepuluh kali di dalam surah al-Mursalat?

Jawab: Ayat wailun(y) yaumaidzin lil mukadzdzibîn.



Soal 92: Terletak di dalam surah manakah perintah untuk bershalawat kepada Rasulullah saw?

Jawab: Surah al-Ahzab ayat 56





" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.........,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami

hamba2 mu yang bertaqwa......ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia…