Join me on Facebook Follow me on Twitter Subscribe to RSS Email me

Wednesday 13 July 2011

RUPA MANUSIA YANG DI HALAU DI PADANG MAHSYAR...

- Ditukar rupa menjadi wajah kera. Mereka itu adalah manusia yang suka
mengumpat.

- Ditukar rupa menjadi wajah babi. Mereka adalah kalangan mereka yang suka
memakan harta anak-anak yatim.

- Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya di atas dan kepala di bawah.
Mereka itu adalah manusia yang suka memakan riba.

- Dihalau dalam keadaan buta dan dituntun (diiring). Mereka adalah daripada
kalangan manusia yang curang dalam menerapkan hukum.

- Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal. Mereka itu adalah
kalangan yang bangga dengan amalannya sendiri.

- Dihalau dalam keadaan mengoyak lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur
hingga ke paras dada dan mulutnya pula keluar nanah yang menjijikkan. Mereka
adalah ahli pidato yang mana ucapannya berlainan dengan perbuatannya.

- Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-dua kaki dan tangan. Mereka itu
terdiri daripada yang suka mengganggu tetangga.

- Diiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan tersalib pada pokok kurma neraka.
Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka berusaha mengajak orang ramai
supaya membela pemerintah yang tidak jujur kepemimpinannya.

- Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian yang panas. Mereka itu
adalah manusia yang takbur, sombong dan bongkak.

Daripada perbezaan kumpulan itu, jelaslah bahawa walaupun ketika berada di
dalam dunia dalam keadaan normal, tiada cacat cela, tetap akan ditukar oleh
Allah mengikut amalan yang dilakukan di dunia. Sebelum sampai hari
pengadilan di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

Allah telah berfirman dalam Surah Taha ayat 124-126 bermaksud: "Dan barang
siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya
penghidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat
dalam keadaan buta. Berkatalah ia: Ya Tuhanku, mengapakah Engkau
menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dahulunya adalah seorang
yang melihat? Allah berfirman: "Demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat
Kami maka kau melupakannya dan begitu pula pada hari ini kamu pun
dilupakan."

Begitu juga dengan pengiringan dan penghalauan manusia ke Padang Mahsyar,
jangan sekali-kali menganggap ringan kerana memikirkan perkara itu belum
pernah berlaku. Bagaimanapun Allah telah berfirman dalam al-Quran ia pasti
berlaku. Firman itu bermaksud: "Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu)
Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi itu datar dan akan
Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan seorang pun
daripada mereka."

Umat Islam sekarang harus ingat bahawa kematian adalah wajib dan mesti tiba
apabila sampai waktunya. Setelah manusia dibangkitkan dari kubur
masing-masing, maka semua manusia itu dihalau menuju ke Padang Mahsyar.

Keadaan mereka ketika itu berbeza-beza. Ada yang berjalan kaki, berkenderaan
dan ada juga yang berjalan menggunakan mukanya. Pendek kata semua mengikut
amal perbuatan ketika hidup dulu.

Seperkara lagi yang harus ditempuh oleh manusia di Padang Mahsyar ialah
tidak akan mendapat perlindungan. Matahari terlalu hampir dengan ubun
kepala. Maka tidak hairan ada yang berpeluh kerana terlalu kepanasan
sehingga terasa seperti terbakar itu hingga sampai ke kaki, lutut, dada,
leher mahupun sekadar bahagian muka saja.

Sewaktu dalam penantian persidangan itu, kelihatanlah wajah mereka yang
tunduk cemas, kelihatan muram dan hitam kelam. Keadaan itu samalah seperti
kita melihat pesalah yang akan dibawa ke muka pengadilan. Takut serta
bimbang sentiasa bermain-main pada fikiran.

Bagaimana ketika di Padang Mahsyar tidak siapa yang dapat melepaskan diri.
Bukan itu saja, malah untuk mencari pohon tempat berteduh juga tidak ada.
Siapa saja akan tetap diadili dan bergantunglah betapa taatnya dia dengan
perintah Allah swt.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan (ingatlah) hari (ketika) Kami kumpulkan
daripada setiap umat segolongan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, iaitu
mereka dibahagi-bahagi (dalam kelompok-kelompok)." – (surah An-Naml:83).
Hantar pada kawan!


BERSAMA-SAMALAH KITA BERDOA MOGA KITA TIDAK TERGOLONG DALAM KALANGAN
TERSEBUT........

Insyaallah.. AMIN YA RABBAL ALAMIN

No comments:

Post a Comment