Join me on Facebook Follow me on Twitter Subscribe to RSS Email me

Monday, 23 September 2013

CINTA SI IKAN BUNTAL DAN SI KAMBING LIAR

 


Assalamualaikum ...

Alhamdulillah baru habis baca novel ini.. Jalan cerita boleh dikatakan best .. Kiranya tak rugi beli la.


Si Ikan Buntal = Adam Ahmad

Si Kambing Liar = Kamilia


Mula-mula baca tu terfikir juga kenapa Adam Ahmad ni panggil Kamilia tu Kambing Liar.. Ingatkan sebab Si Kamilia ni busuk macam kambing.. Rupa-rupanya baru perasan Adam panggil Kamilia sebagai Kambing Liar sebab namanya. Kambing = Kami dan Lia = Liar.. Hohoho.. Kelakar okeh .. :)


Sinopsis:


Permusuhan yang terjadi semenjak di zaman persekolahan berlarutan sehingga masing-masing sudah menginjak ke alam dewasa. Adam yang boroi mendapat gelaran si ikan buntal daripada Kamilia yang digelarnya kambing liar.


Bila dah dewasa, masing-masing dah ada kerja, Adam Ahmad sebagai engineer dan Kamilia sebagai seorang doktor.

Keadaan semakin tegang apabila ibu Adam dan nenek Kamilia sepakat untuk menyatukan mereka dengan ikatan perkahwinan. Keegoan Adam dan kecurigaan Kamilia menyebabkan mereka rela mengekang perasaan masing-masing yang sememangnya sudah bergetar di antara satu sama lain.

Kehadiran Doktor Khairyzan yang menagih kasih Kamilia menyebabkan Kamilia tersepit di antara dua pilihan. Sheila yang gigih meraih cinta Doktor Khairyzan menggunakan Adam demi mencapai matlamatnya. Masing-masing salah faham di antara satu sama lain. Adam ingatkan Kamilia cuba merampas Doktor Khairyzan daripada Sheila. Kamilia pula beranggapan Adam adalah teman lelaki Sheila. 


Apakah kesudahan cinta si ikan buntal dan kambing liar ini? Berjayakah Doktor Khairyzan memperisterikan Kamilia? Berjayakah Sheila bersatu dengan Doktor Khairyzan? Adam? Siapakah yang bakal dipilihnya untuk menjadi suri hidupnya? Kamilia, si kambing liar ataupun Sheila?

P/S : Keseluruhan cerita ni best, bila baca rasa tak sabar nak tahu apa lagi yang jadi seterusnya.. Kadang-kadang boleh tersenyum sorang-sorang dah macam orang gila ( hehehe ) bila baca part Adam dan Kamilia yang mengenakan antara satu sama lain.

Bacalah, best ! ^-^

No comments:

Post a Comment