Join me on Facebook Follow me on Twitter Subscribe to RSS Email me

Monday 13 May 2013

AKU YANG TERASING


Daripada Abu Hurairah r.a, baginda Rasulullah S.A.W bersabda: “  Islam bermula dalam keadaan asing, dan ia akan kembali menjadi asing ”

Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh keseronokan
Siang malam asyik bersukaria
Tidak jemu mencari hiburan
Sedangkan aku terasing disini
Tidak banyak menghibur diri
Kerana aku lebih bimbang
Dibuai kelalaian dunia

Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh kegembiraan
Sentiasa mengejar impian
Menggapai cita-cita tertinggi
Sedangkan aku terasing di sini
Tidak punya keinginan tinggi
Kerana aku lebih takut
Matlamat akhirat tak tercapai

Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh kesenangan
Berlipat kemewahan
Berganda harta kekayaan
Sedangkan aku terasing di sini
Tidak punya apa-apa
Kerana aku lebih risau
Amal ibadat tak mencukupi

Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh kebanggaan
Mengena pelbagai perhiasan diri
Menarik perhatian ramai
Sedangkan aku terasing di sini
Tiada yang sudi memandang
Kerana aku lebih rela
Membungkus diri melindungi maruah

Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh kebahagiaan
Menikmati indahnya hidup berteman
Saling rindu dan mencintai
Sedangkan aku terasing di sini
Hanya duduk bersendirian
Kerana aku lebih khuatir
Diri melanggar batas menjejak zina

“ Islam terasing di zaman permulaannya, Islam kembali asing di zaman kemudiannya, beruntunglah mereka yang menjadi asing"

No comments:

Post a Comment