Join me on Facebook Follow me on Twitter Subscribe to RSS Email me

Monday, 4 April 2011

FIKIRLAH SENDIRI

Bukan nak mengutuk apatah lagi mengata,

Maaflah jika ada yang terkena,

Nukilan ini memang sengaja,

Marilah kita renungkan bersama.



Koyak sana koyak sini,

Itulah 'trend'gaya terkini,

Katanya bangga pakai begini,

Walaupun dipandang 'hodoh' sekali.



Muka cantik wajah lawa,

Itulah anugerah Tuhan yang Esa,

Tapi dia tak pandai guna,

Jual tubuh nak kumpul harta.



Bila ditanya mengapa begini,

Jawabnya senang apa kau peduli,

Bila ditanya 'terbiyah' buat 'dek' lagi,

Bila ditangkap mulalah pucat lesi.



"Willy" sana,"Wicamp" sini,

Macam tak nak hidup lagi,

Ibu bapa nasihat buat-buat tak reti,

Bila dah terkena barulah sedar diri.



Si jantan bangga bawa betina,

Si betina pula megah tak tentu pasal,

Asyik bercinta tak ingat dunia,

Insaflah dulu sebelum menyesal.



Pakai baju bagai berkemban,

Tudung kepala dah ditanggalkan,

Zaman sekarang,zaman kemajuan,

Katanya kolot tak ikut perkembangan.



P/S : Buat renungan bersama..andai trkasar bahasa ampun dipinta..saya cuma manusia biasa..

No comments:

Post a Comment